Sunday, August 14, 2011

. Archi.tec.ture .

. A R C H I T E C T U R E .

What is Architecture?
For me, Architecture is something that is subjective and abstract. Architecture can be defined in many ways such as construction of buildings, design of buildings, physical structures, the aesthetic value, and many more.

Why do i say that?
Generally, we understand that architecture is a combination of Art and Science. 


Why Art and Science?
Both the artist and the scientist strove for the mastery of the physical world. The two fields of study that may be call scientific: anatomy, which made possible a more accurate representation of the human body, and mathematical perspective. Perspective in painting is the rendering on a two-dimensional surface of the illusion of three-dimensions.


Science and Art are closely connected, Art and architecture do actually go hand in hand because the truth is that architecture requires as much of aesthetics and designing sense.

Basically, a good building should be satisfy this three principle which is durability,where it should stand up robustly and remain in good condition. Utility,where it should be useful and function well for the people to using it and lastly the beauty, where it should delight people and raise their spirits.

My understanding of the architecture is, it has to do with designing, planning, constructing form, space and ambiance that reflect functional and technical. Also, must be considerate with the environmental, the important element such as light and shadow, material, technical specification and the structural. And the architecture itself that it must be something that can be build.


This is just from my point of view and there is a lot of things that i still need to learn in this field, more update to come.. insyaAllah.

Friday, August 12, 2011

.b3rsih. d3monstrAsi .b3rsih 2.0.



Masih ingat apa yang berlaku pada 9 Julai 2011?  Adakah demonstrasi yang diberikan nama BERSIH 2.0 ini yang dianjurkan oleh pihak pembangkang hanyalah satu sandiwara politik yang diwujudkan bagi menuntut politik bersih dan adil ataupun satu tindakan bagi memburukkan dan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Terlebih dahulu, mari kita lihat 8 tuntutan demonstrasi BERSIH 2.0 :

1. Bersihkan senarai undi.
     - senarai pengundi harus dibersihkan bagi menyingkirkan pengundi hantu. 


2. Mereformasikan undi POS.
     - semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui pos atau mengundi lebih awal.


3. Gunakan dakwat kekal.
     - penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (ataupun pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.


4. Masa berkempen minima 21 hari.
     - masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya dikawasan luar bandar dan pedalaman.


5. Akses media yang bebas dan adil.
     - parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

6. Kukuhkan institusi awam.
     - institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
 
7. Hentikan rasuah.
     - rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan diri.

8. Hentikan politik kotor.
     - BERSIH 2.0 menuntut semua parti politik untuk menghentikan politik kotor.





Pada pendapat saya, tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan. Kita boleh lihat bahawa wakil rakyat parti pembangkang begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, mengapa tidak menggunakan peluang yang ada terdapat di dewan-dewan bagi membangkitkan dan membahas perkara-perkara ini. Sebaliknya jalan demonstrasi juga hendak diadakan. Apa tujuannya?

Jika dilihat semula tuntutan yang dibuat, ianya lebih merupakan tuduhan terhadap kerajaan dan bukannya tuntutan sebenar. Pada tahun 1969, berkempen dibenarkan sepenuhnya iaitu enam minggu. Namun ketika waktu berkempen, parti politik menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan. Balas-membalas dalam isu ini menyebabkan ketegangan antara kaum, dan berlakulah peristiwa 13 Mei yang berdarah, dan disebab itu waktu berkempen dikurangkan bagi mengelakkan peristiwa berdarah berulang kembali.




Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Jadi sudah tentu jika diserang, pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan bagi mengawal keadaan. Namun kekerasan yang digunakan telah dijadikan satu isu oleh pihak berdemonstrasi. Selain itu, ekonomi negara juga terganggu dan pelancong tidak akan kembali lagi sekaligus menjejaskan perlaburan pelabur asing mahupun tempatan.

Akhir kata, walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi. Ia tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Bayangkan jika hampir setiap hari, setiap bulan adanya berlaku demonstrasi seperti ini. Adakah ianya memberi manfaat kepada rakyat atau ianya menambah masalah kepada rakyat.